Tatamain Apex Legends

Apex Legends ialah permainan video atas talian yang berdasarkan konsep battle royale dengan latar masa 30 tahun selepas peristiwa dalam Titanfall 2. Dalam permainan ini, para pemain akan bermain secara sendiri atau dalam kumpulan dengan sebanyak-banyaknya tiga orang pemain dalam satu set yang memiliki paling banyak 60 orang pemain;[2][3] mod lazim ialah permainan dalam kumpulan bertiga. Matlamat permainan ialah menjadi orang atau kumpulan terakhir untuk bertahan dalam set permainan dengan bertempur dengan pemain-pemain lain.

Sebelum perlawanan, para pemain perlu memilih satu daripada 13 orang watak yang tersedia untuk dimainkan, dan setiap watak memiliki kebolehan dan gaya permainan yang berlainan. Apabila permainan bermula, para pemain akan ditempatkan di dalam sebuah kapal terbang dan dikehendaki terjun ke latar permainan. Setelah berada di latar, para pemain boleh mencari peralatan-peralatan seperti senjata dan perisai di seluruh latar.

Sekiranya pemain mengalami knockout, pemain itu masih boleh dipulihkan oleh pemain sepasukan. Pemain yang terbunuh sepenuhnya juga boleh dipulihkan - pemain sepasukan perlu membawa panji pemain terbunuh ke salah satu daripada bikon-bikon yang ada di seluruh latar dalam masa tertentu sebelum panji tidak dapat digunakan dan pelajar tidak dapat dipulihkan.

Latar permainan Apex Legends terdiri daripada sebuah zon selamat. Zon ini akan mengecil secara berkala dengan berpusatkan satu titik rawak, dan para pemain mesti kekal dalam zon selamat ini atau menerima kecederaan secara beransur-ansur sebelum maut. Pengecilan ini memaksa para pemain untuk berkumpul lalu meningkatkan peluang pertembungan dan pertempuran antara pemain.

Apex Legends adalah percuma untuk dimainkan, tetapi disokong oleh sistem urus niaga mikro, termasuk sistem kotak harta (loot box); para pemain boleh mengeluarkan wang sebenar atau wang permainan untuk membeli alatan-alatan kosmetik seperti pakaian kepada para watak dan perhiasan senjata.[4]

Rujukan

WikiPedia: Apex Legends https://edition.cnn.com/2019/08/17/business/apex-l... https://www.destructoid.com/review-apex-legends-54... https://www.ea.com/games/apex-legends https://www.forbes.com/sites/davidthier/2019/08/19... https://www.gameinformer.com/review/apex-legends/e... https://www.gamespot.com/articles/apex-legends-hit... https://www.gamespot.com/articles/apex-legends-hit... https://www.gamespot.com/reviews/apex-legends-revi... https://www.gamesradar.com/apex-legends-review/ https://uk.ign.com/articles/2019/02/12/apex-legend...